BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

abeh tu,camne nk bercinta cara Islam ??

cam biasa, info nie juga drpd Majalah Remaja Sempoi Kluaran ILUVISLAM :

ISLAM tu agama yang syumul, lengkap dan tak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

so, Islam dtrunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik supaya dpt mnutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Nak tahu...? Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad
untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.